YOUsoF | Masih Ada Plan B

Tuesday, August 30, 2011

Takbir 1 Syawal

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Actually, ni entri malam raya. Tapi disebabkan aku rasa engkauorang semua pun sibuk merebus ketupat, kacau dodol, bakar lemang, bakar kek, membuta didepan tivi dan sebagainya maka demikian itu aku simpan dulu entri ni sehari dua.

***************

Selepas solat isyak berjemaah dimasjid, macam biasalah para jemaah termasuk aku dengan suara yang lunak dan gemalai mula melaungkan takbir raya. Tapi nak buat macamana, sampai je turn aku nak laung takbir, air semayang terbatal dengan "tak" sengaja pulak (ada kena mengena ke takbirraya dengan takda air semayang ?) . Nasiblah kan.


Tak tahan dengan kesejukkan air paip masjid, maka aku mengambil keputusan untuk meng"port" dekat tangga masjid yang berhadapan dengan jalan raya. Sambil aku tengok jalan raya, sambil tu jalan tengok aku. Peliks je jalan ni, pergilah tengok orang lain.


"Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar.."


Nyaring betul suara jemaah yang melaungkan takbir raya kali ni. Walaupun nyaring, hati tetap rasa syahdu. Tengah melayan syahdu, tetiba aku terperasan seorang pakcik tak berapa nak tua. Dalam linkungan 47-50 tahun macam tu. Walaupun dia tak duduk dalam saf jemaah, tapi raut wajahnya kelihatan begitu khusyuk mendengar takbir raya. Dengan mata tertutup, sekali sekala kepalanya dihangguk-hangguk seperti berzikir. Bagus.


Sesekali aku tengok pakcik ni menghangguk kekanan, kadang-kadang kekiri dan adakalanya dia menghangguk ketengah. Waah, memang styloh lah pakcik ni. Harus aku mencontohi beliau. (Azam hangat-hangat taik ayam pencen) .


10 minit berlalu, selesai para jemaah bertakbir raya. Kelihatan pakcik yang tak berapa nak tua tadi masih bersandar sambil kepala dihangguk-hangguk dengan mata yang tertutup. Sedang sibuk aku mengusya beliau, tetiba tok bilal datang lalu menyapa pakcik tadi. Melihat reaksi beliau apabila disapa oleh tok bilal, maka aku bermonolog lagi



"Cis, tidur rupanya pakcik ni, Hampeh betul "



Friday, August 26, 2011

Kad Raya Teragung

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Amboi, tajuk macam lagu HAZAMA pulak. Oh, teruja bila baca post blogger semua cerita pasal kad raya. Ya,ya,ya untunglah engkauorang semuakan sebab dapat kad raya. Aku ? Adalah dalam 5-6 bakul. Malas nak tunjuk nanti kang engkauorang cakap aku berlagak pula.


So, untuk pengetahuan engkauorang semua. Aku rasa, tahun ni adalah tahun yang pertama dalam sejarah aku berpuasa dan beraya dengan rakan-rakan blog. Well, baru berapa bulan kot aku aktif dalam dunia berblog ni. Fun lah kan dapat ber"sengal-sengal" dengan kawan yang tak pernah jumpa. Tapi, kalau jumpa engkauorang depan-depan mesti tak "sengal" macam dalam blog well, engkauorangkan pemalu katanya. Wadefak ?


Oleh kerana raya pun dah nak dekat, macam tak best pula kalau tak bagi sepatah dua kata sebagai persiapan nak raya kan ? Tapi sepatah dua kata aku tu, aku dah convert kan menjadi sebuah gambar edisi kad raya dalam blog. Apekah aku merepek ni ?







p/s : Selamat Hari raya engkauorang !

p/s/s : Ada orang nak hupdate entri sebab dapat kad raya dari aku tak ?

p/s/s/s : Lagi sekali banyak bebenar "p/s" aku.

Thursday, August 25, 2011

Iklan raya yang Pfffftttt !! Korang tentukan.

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Suatu petang yang damai, kelihatan seorang pemuda sedang sibuk bermundar-mandir dicelah-celah kesibukkan kota. Dari satu kedai ke satu kedai dia berjalan, hampir semua orang disekitar itu disapanya.


"Bang, nak beli bakul bang ? Kraftangan ni "


Begitulah ayat yang biasa dilafazkan oleh pemuda tersebut. Namun, dalam seratus orang yang disapanya belum tentu satu orang pun yang ingin membeli barangan yang dijualnya. Sekali-sekala, dia melabuhkan punggung duduk sudut bangunan kaki lima itu. Penat.


Seketika kemudian dia kembali meneruskan aktivitinya, rehatnya cuma sekejap. Dia sedar dia tidak boleh lama beristirehat. Barang jualannya masih banyak. Matlamatnya cuma satu, kumpulkan sejumlah wang, selepas itu baru boleh pulang.


Setelah jauh dia berjalan, Alhamdullilah rezekinya murah. Walaupun tak semua barang jualannya habis dijual. Namun, dia yakin wang yang dikumpul dari hasil jualan tersebut sudah cukup.


Dia berjalan lagi, kali ini dia singgah disebuah kedai kain. Dia ingin membeli sesuatu, dibeleknya kain-kain yang mampu dibelinya. Setelah berkenan dihati, lantas dibelinya. Hatinya senang, matlamatnya tercapai. Dia senyum tanda puas.




Sampai disebuah rumah usang, dibukanya pintu. Terus dia kebilik, dikuaknya pintu bilik. Maka kelihatan, seorang gadis sedang tekun menelaah buku rujukan. Dia tak perasan kehadiran pemuda tersebut.


"Sibuk ke ? "

"Eh, abang. Masuklah.."

"Amboi, sibuknya belajar sampai abang masuk pun tak perasan ?"

"Eh, takla sibuk sangat. Abang baru balik ? Penat ? Nak air tak ? Adik buatkan ?"

"Oh, abang ok je. Lelaki kan kuat, mana ada penat-penat ni. Takyah susah-susahlah, adik belajarlah, abang nak mandi dulu."

"Um. ok."

"Lagi satu, ni abang ada belikan baju kurung. Tahun ni, takyah pakai baju lama tu dah."





p/s : Otak tepu pulak, Ending tak style. Imagine ending sendiri yaa ?!

Wednesday, August 24, 2011

Aku Sehelai Baju.

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Hai, nama aku Tee's. Yaa, macam tajuk diatas memang aku sehelai baju. Aku hanyalah sehelai baju tshirt yang biasa. Boleh didapati dimana-mana kedai yang menjual pakaian samaada di pekan mahupun dibandar. Tapi aku asalnya datang dari Kuala Lumpur. Gangster bukan ?


Setelah berbulan-bulan aku tercongok dikedai baju kak ramlah, akhirnya aku dibeli oleh seorang mamat kacak yang lebih dikenali sebagai Semut. Aku berasa amat gembira kepada cik Semut kerana telah membeli aku. Sekurang-kurangnya aku bertuan sekarang ni.


Macam kebanyakkan cerita autobiografi yang lain, memang pada mulanya aku dijaga dengan penuh kasih dan sayang, dibelai dan dimanja dengan sepenuh hati. Kata orang "bagai binatang minyak yang penuh", macam tulah kot bunyiknya. Maafla kalau salah, aku kan sehelai baju mana belajar peribahasa. Sekolah pun tak.


Namun, hujan yang disangka sampai kepetang, rupanya panas ditengahari. Setelah berbakti penuh taat selama berbulan-bulan, lama-kelamaan aku mula tak diperdulikan. Kalau dulu kemana saja Semut pergi aku akan disarungnya, tapi kini tidak lagi. Aku hanya duduk di dalam almari gelap dan dibiarkan bergantung tanpa tali. Ofkosla, sebab Semut gantung aku guna "hanger".

saya ketika baru lahir. Comel Bukan ?

Aku patah hati, merajuk. Aku nekad untuk lari meninggalkan Semut bersama tshirt-tshirt yang lain. Biarlah aku membawa hati yang lara seorang diri, asalkan Semut bahagia bersama yang lain. Aku redha. Cinta tak semestinya dimiliki kan ?


Bye Semut.



p/s : Sayangilah Tshirt anda setiap hari.
p/s/s : Mana lah aku letak baju jersi Malaysia aku ni.
p/s/s/s : sejak bila aku pandai letak "p/s" banyk-banyak ni. ?

Tuesday, August 23, 2011

Maybank2u dan Wallet

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


"Suasana riang-ria, kulihat sini sana.."

Oh, Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari akak. Aku hanya menjawab dengan perkataan "ok", sejurus panggilan telefon dimatikan dengan kadar segera aku sambung tidur balik.


Tengah best-best bermimpikan Sean Kingston. Tiba-tiba, tubuh aku dikejutkan dengan satu goncangan hebat yang sungguh dahsyat. Melalui alat pengesan gempa Seismometer namanya, gegaran taklah kuat sangat. Dalam 0.001 skala richter je.




"Angah, bangunlah. Kata nak teman aku pergi bank.?" Agak kasar nada akak ku ini.

"Aduisssh, apesal tak cakap awal-awal. Mengantuk doh. "

"Gila apa aku tak cakap awal-awal, yang aku telefon pagi tadi tu apa ? "

"Kau nak buat apa pergi bank tu ?"

"Aku nak settle kan akaun aku ni..bla,bla,bla"

"oh, yeke. kejaplah."

"Cepatlah, dah pukul berapa kang bank tutup." Kali ni nada agak memaksa.

"Sabarlah "

"Cepat-cepat !!"

"Memaksa sungguh minah ni, relaxlah. Awal lagi kot. Tak larilah bank dikejar." aku berbisik je.


10 minit kemudian, aku siap. See, cepatkan ? Tshirt, jeans, minyak rambut, deodaran, minyak wangi secukup rasa. Semuanya lengkap dan pantas. Tak macam orang perempuan, masa 10 minit tu baru settle gosok gigi. Huh.


Akhirnya, kami pun sampai ke destinasi.


"Tengok, bank pun tak tutup lagi tu. Nak cepat sangatla apa lah."


"Angah, aku rasa aku tertinggal wallet lah"


Pfft !


Monday, August 22, 2011

Misteri Jam 12

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Tatkala aku menaip entri ini, semua manusia dirumah sedang nyenyak tidur. Ada yang dibuai mimpi indah, ada yang sekali-sekala bercakap sorang-sorang. Mengigau agaknya. Suasana semestinya sunyi sepi, tanpa sebarang bunyi. Sila imagine.



"Ehek, ehek, ehek "

Aku tersentak. Sekali-sekala jelas kedengaran suara anak-anak anjing yang agaknya mungkin sedang bergurau senda dengan adik-adik. Sedang anak-anak bergurau, sang emak sibuk nak menyalak sakan. Saja je nak menambahkan mood seram sambil menaikkan bulu tengkuk aku. Damn.



"bulan puasa mana ada hantu"

Mujurlah teringat pesan ustaz masa sekolah rendah dulu, yela syaitan semua dah kena lokap. Memang kompem-kompem takda hantu. Lagi pula malam ni, aku ditemani oleh sibongsu. Apa mimpi entah, sibuk nak semak kat bilik aku ni. Lena betul dia tidur. Oleh itu, dengan mood yang sedikit tenang aku kembali menaip entri dengan perasaan penuh lega. Fuuhh.



"Pooooootttttttt...!!"

Opocot, terperanjat aku. Celaka kau budak tidur siap kentut yaa.



p/s : Kenapa blog aku merdeka ? SINISINISINI

Sunday, August 21, 2011

Teh Tarik dan Mesej

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Semalam malam minggu, macam biasa penganggur tegar macam aku melepak memang merupakan hobi untuk di isi pada masa lapang mahupun sempit. Dan macam biasa jugak, kedai makan orang melayu menjadi port terbaik. Sudahlah murah, menjimatkan. Halal lagi !


Sedang best-best berbualkosong, sekali-sekala kelihatan makcik-makcik dan anak perempuan mereka berpeleseran di tepi jalan sambil memakai telekong. Baru balik terawih barangkali, yela sepuluh malam terakhir semua orang perhebat amal ibadat. Umm, kenapa aku masih melepak ?


ramai blogger post pasal jalan TAR semalam, apesal sorang pun aku tak jumpa ?



"Sruuupppp..."


Kaw betul tehtarik gelas besar kedai ni, sambil aku hirup tehtarik sambil tu jugak aku usha calon isteri dengan mak mentua yang dari tadi memang sibuk lalu lalang depan kedai ni. Aku takpasti motif mereka melalu-lalangkan diri mereka didepan aku. Makin aku hirup air, makin ramai pula yang lalu lalang. Mungkin nak menyedarkan aku bahawa ramdhan setahun sekali, tahun depan belum kompem jumpa lagi (pantun). Aku pasrah.




"tttuutt,tuuuttt.!"


Satu mesej masuk. Aku buka,


"Hai, saya Zeti. Saya sedang beraksi di ranjang sekarang ini. Ingin tengok aksi menghairahkan daripada saya ? Mahu saya menemani anda semalaman ? Nak videoklip saya ?reply mesej ini dengan menaip, blablablabla"


Apekah ?


Gitar Kapok

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Seperti kebiasaan, selepas balik terawih aku akan duduk dulu lepak-lepak depan tivi yang aku sendiri tak pasti berapa inci. Sekejap-sekejap aku alih ke siaran TV3, sekejap-sekejap 105, 106, 107, 109. Sekali sekala AXN pun aku try gak, tapi kalau bukan CSI punya cerita aku tukar siaran lain.


Sambil-sambil layan tivi, mulut mesti mengunyah. Tengokla lauk apa yang ada bawah tudung saji tu. Kalau ada ayam, aku mengunyah ayam. Kalau ikan, Err. Takpelah. Aku bedal roti dengan kaya je. Kalau adik rajin, milo satu yaa !?



"Gengg, gong, ging"


Sesekali kedengaran bunyi nyaring gitar kapok dari dalam bilik, dah faham dah tu mesti kerja budak kecik nak tiru justin bieber main lagu "One Less Lonely Girl" versi amplak punya, Err maksud aku versi akustiklah. Beza bila budak kecik main, bunyik gitarnya tah kemana, lirik lagu nya tah kemana. Tuptup je terus korus, gilak ?


"Gengg, gong, ging"."Gengg, gong, ging"


Oh, kali ni lagi nyaring. Takpasti dia main lagu apa pulak. Rasanya mungkin lagu "Beat it" kot ? Takpelah, nak marah kan budak-budak. Sebagai abang, aku buat "derk" je. Lantaklah kau adik, dah penat tu kang senyaplah.


"...................."


See ? Kan aku dah cakap, bila penat senyaplah budak tu. Habis semua cerita aku layan, perut pun dah kenyang. Mata mula meronta mintak ditutup, tapi malam masih muda lagi. Malaslah. Tapi, bila siaran dah mula merepek-meraban baik aku masuk bilik dulu. Petik dua tiga lagu, lepas tu kompem boleh tidur lena.



Baru nak masuk bilik,


"Angah, munirah putuskan tali gitar !! "



p/s : nasiblah jadi abang. -_-"

Friday, August 19, 2011

World Wrestling Federation

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Errkkk, Alhamdullilah kenyang harini. Jam dah menunjukkan pukul 8.00malam, lagi setengah jam aku harus ke masjid berdekatan bagi menunaikan sunat terawih. Yaa, aku takla rajin sangat. Terawih pun 8 rakaat je tambah 3 rakaat untuk sunat witir, genaplah 24 rakaat. Amboi, cemerlang matematik aku harini.


Dengan mengenakan baju melayu kotak-kotak kecil berwarna biru gelap ada, biru cerah ada. Siap berkain pelikat cap GAJAH BERAK. Perjalanan ke masjid diteruskan bersama-sama basikal tersayang, Amat namanya.


Hampir 10 minit aku berkayuh bersama Amat, perjalanan terhenti seketika berhadapan dengan kedai Kak Leha janda kaya. Dari jauh kelihatan beberapa orang pakcik tua, sedang melayan adegan gusti di Astro barangkali. Kedengaran juga sekali-sekala suara mereka teriak-teriak, aku kurang pasti kenapa.




"Hah, belasah dia. Patahkan leher dia cepat. !"


"Apa celaka, dia main tipu tuu ?! Tak Aci-Tak Aci."


"Bodoh, dah nak menang pun, sikit lagi."


Suara mereka, aku rasakan sangat lantang. Sedang asyik melihat karenah pakcik tua di warung, sayup-sayup kedengaran laungan azan oleh bilal masjid kampung.




"Oh, dah isyak. Jom Amat nanti terlambat"


Thursday, August 18, 2011

Fatin Liyana

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


1st sekali, sila abaikan template raya aku ni. Maaflah sebab buat korang rasa teruja sehingga sanggup menatap blog aku dari waktu zohor tadi sampailah sekarang ni, dah nak sahur pun. Aku terharu !


Ok, tamat pendahuluan penghargaan. Sambung cerita,


Tatkala bulan sedang dalam keadaan separa mengambang, tetiba aku dikejutkan dengan bunyik "kriukkk-kriiiuuuukkk"-oh cik perut sedang menjerit minta diisi, gila apa cik perut ni jam baru pukul 10 malam kot ? Dah nak jerit-jerit bagai.





Demi melayankan karenah cik perut, aku gagahkan jugak menaiki kereta akak menuju ke destinasi pilihan Mekdi. Matlamatnya satu, agar cik perut tak merenggek-renggek lagi. Kesian beliau aku tengok.



"Yea dik, makan sini ? " tanya akak kaunter mekdi sambil tersenyum, aku chill tak tergoda pun.


"Err, yeayea. Saya nak Spicy Chicken Mcduluxe 1 set besar dengan Ayam Goreng Spicy Ala carte pastu Sundae cone yea. Akak-akak, air nak Coke Lite yea ! "



Banyaknya aku order, korang jangan salah faham ya. Mcduluxe, Ayam Spicy dengan Sundae tu semua untuk cik perut tersayang. Aku minum Coke je. Tak biasalah makan Mekdi malam-malam macam ni. kah kah kah.


Settle order, aku cari port. Port aku kat Mekdi macam biasalah, penjuru kanan lepas tu paling belakang. Korang sila imagine yaa ? Aku pun takpasti kenapa aku pilih port tu, mungkin ianya lebih relax dan respek kot ?


Tengah best-best aku menemani cik perut melantak pada ketika itu, aku ada terperasan sorang awek ni. Beliau duduk penjuru paling kanan tapi belah depan, kirannya kitorang saling berpandanganlah. Cuma, dia je yang usha aku tapi aku relax je. Aku dapat rasakan yang awek ni, asyik pandang-pandang jeling-jeling je. Menyedari diriku diperhatikan, aku mula malu.


Entah macamana tengah leka aku menjamu selera bersama perut tersayang, aku perasan beliau bangun dan berjalan menuju ke arah aku. Oh, aku menjadi semakin malu dan malu. Tapi, aku cuba untuk tidak mengendahkan situasi itu. Kan dah cakap tadi aku memang cool !



Tetiba..


"Ni Anip semutsengal eh ?" Gadis itu bersuara.


"Err, yea kot ?" Balas aku pendek.


"Fatin Liyana..." Sambung gadis itu lagi, sambil menghulurkan tangan. Ingin bersalam agaknya.




Sekian entri merepek kali ini.


Spontaneous Thursday #3

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!




blog edisi nak raya !!


Wednesday, August 17, 2011

http://www.eqbalzack.com

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Err, macam biasa ni semalam punya cerita. Boleh diterima untuk dipost tak ? Ok, masa tu aku memang tak bangun lagi. Dalam pukul 11.30 pagi macam tulah, waktu tu memang aku tengah tidur lena sambil mimpi dapat tasbih kaler hijau. Cool kan mimpi aku ? Tengah rancak aku bermimpi,



"Angah, ni ada posmen datang ni, nak mintak kau sign."


Err, wadefak pagi-pagi buta posmen nak mintak sign aku ? Aku bukan Lee Chong Weh lah. Oleh kerana nada ibu yang memanggil agak kasar disitu, yela orang dulu mana ada belajar sivik. Aku pun bingkas bangun duduk ditepi sudut katil. Macam korang selalu buat, sebelum nak bangun tu cakap dalam hati "Ah, pejam 5 minit dulu lah," kankankan ?


Selang beberapa minit kemudian,

"Dushh ! dusssh !"


Yaa, sebiji bungkusan kaler kuning langsat hinggap tepat dibahagian perut, Senak !Memandangkan aku tak sahur time tu, aku bingkas bangun sambil menjerit."Tak kira, tak kira nak buka puasa gaks ! "-



Puan Emak yang kelihatan tak pelik langsung dengan adegan drama sebabak aku, terus mengambil batang penyapu lalu berkata "Nak berbuka boleh, tapi berbuka dengan batang penyapu la ?"- Err, ok aku dah sehat.


Aku cerita macam panjang sangat kan ? Ok, pendekkan. Aku pun usha sampul surat tu dari luar, kelihatan tertera nama "Safial Eqbal Bin Zakaria". Then, aku senyum. Dengan tahap kerakusan yang tak seberapa, aku pun bukak lah sampul tu. Akhirnya,




oh, patutlah beria-ria aku mimpi tasbih kaler hijau kan ?


p/s : Terimakasih daun keladi ya.

Tuesday, August 16, 2011

Slurpee Stroberi.

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Jam sudah pukul 11 lebih malam. Cuaca malam ni agak ok, bulan mengambang penuh. Sangat cantik, warnanya yang oren-oren sangat cool. Terasa seperti ingin memakan buah oren pulak sekarang ni. Oh terlupa, dah pukul 11 lebih mana ada market yang bukak lagi. Nak harapkan 7-11 ? twister tropicana adalah.


Aku yang dari tadi sibuk menekan papan kekunci laptop kesayangan. Sekejap-sekejap butang backspace ditekan berkali-kali. Ya, bukan senang nak meng"hupdate" sebuah entri, tersalah hupdate semua readers lari. Sapa nak jengah blog aku lagi ?




Sambil-sambil aku cuba untuk mengeluarkan idea-idea, sekali-sekala aku bukak file playlist. Oh, dengar lagu pun salah satu cara jugak nak tambah idea kan ? Habis sepuloh lagu aku layan, sebaris idea mesti keluar punya. So korang fikirlah kalau entri-entri aku berbaris-baris, berapa lagu aku dengar ?


Bila idea menulis tu dah mencanak-canak keluar, maka papan kekunci akan mula mengeluarkan bunyi tanpa henti. Bunyi tanpa henti menandakan idea memang sangat mencanak-canak (ayat ni macam berulang je ?). Mulut mula tersenyum. Hepi.


Tapi, tak semua idea datang aku boleh tuliskan. Kadang-kadang tu tengah sedap menulis bersama idea-idea bernas, bila sampai klimaks entri. Tetiba..




"Angah, pergi kedai kejap, beli Slurpee Stroberi. Sekarang !"


Monday, August 15, 2011

" Saya memang sokong Datuk Lee Chong Weh ! " Aliff - 21

.
Assalamualaikum wbt...peace yoo!!





"Aliff, kau penyokong tegar Datuk Lee Chong Weh ?"


"Ofkoslah, kenapa ?"


"Takdala, saja tanya. Patutlah bilik kau penuh dengan gambar Datuk Lee Chong Weh je "


"Oh, biasalahkan, nama pun peminat tegar. Kau nak tengok baju aku yang ada sign Datuk Lee Chong Weh ? "


"Err, takpa-takpa. Lain kali je."


"AHHAHA, ok-ok. Esok nak ikut aku tak ?"


"Pergi mana weh ?"


"La, kau taktau ke ? Esok kan perlawanan akhir Badminton dunia, Datuk Lee Chong Weh main tuu"


"Err,.."


"Ok, kau tak minat takpela. Aku boleh pergi sorang je."


"Bukan-bukan. Cuma..."


"Alasan lagi, kita kan rakyat Malaysia. Buruk mana pun negara kita, kalau bukan kita sapa lagi yang nak beri sokongan kan ?"


"Yea, tau. Betullah cakap kau tu. Tapi, "


"Ada tapi pulak ? Aku tau Datuk Lee Chong Weh punya harapan nak menang memang tak banyak. Tapi tak salahkan kalau kita bagi dia sokongan yang padu ?"


"Aku tau lah benda tu, tapi kan..."


"Kau ni asyik tapi je. Kau tau tak yang..."


"Weh, bagi lah aku cakap dulu !."


"Ok, cakap."


"Bukan perlawanan akhir punya game semalam ke ?"


"Err...yeke ? "



p/s : Betullah Aliff memang penyong tegar Datuk Lee Chong Weh !

Sunday, August 14, 2011

Masih Belum Sempurna..

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Manusia memang dilahirkan tidak sempurna. Tak kiralah ketidaksempurnaan tu dari segi apa. Rohani mahupun jasmani, kreatif atau inovatif. Ada yang pandai melukis tapi tak pandai mewarna, dan ada yang pandai mewarna tapi tak pandai mengeja. Even dengan perbezaan atau pun kekurangan itu, jangan pernah merasa diri anda adalah manusia yang tidak bertuah yaa !


Macam aku jugak, aku takla sehebat Ben Ashaari. Mempunyai follower berpuluh ribu, dengan kadar terafik yang amekaw !! Entri pun merepek je banyak dari entri berinformasi. Tapi ? Aku ada ni..



Aku jugak sedar bahawa aku tak segojes Hanis Zalikha. Aku tak mampu berjalan catwalk diatas pentas, mungkin kalau turtlewalk boleh lagilah. Nak berposing maut seperti beliau ? Mak aihh ! kena lah sedia kan sebaldi sorang agar ada tempat untuk korang memuntahkan isi perut kan, tapi aku ada ni..



Adakah aku seperti Zackzuhairi ? Wadefak ?! gila ke nak samakan aku dengan beliau ? Sekali hupdate beribu komen perlu diapprove, berjuta like daripada readers. Aku takda semua tu, aku tak jugak sekacak beliau. Tapi aku ada ni...



Sebanyak mana pun kelemahan yang aku ada, seloser mana pun aku dimata semua orang. Tapi aku masih bersyukur. Ok what ?



Thursday, August 11, 2011

Jom ber"DOODLE" .

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Wooaahhhaaaa..!
Semua tengah demam doodle. Sana sini situ mesti dok cerita pasal doodle, ofkos semua blogger ataupun bukan blogger mengidamkan sebiji doodle untuk dibuat sebagai santapan rohani mahupun jasmani bukan ? (kredit : cik kektus )


Selain itu, kewujudan ratu doodle seperti dil, syarifahsidrus, bunbun yang sering menghiasi blog-blog dan post entri mereka dengan hasil karya berseni bertemakan doodle juga mungkin mewujudkan semangat "saya juga mahukan doodle macam beliau !", persoalannya bagaimanakah ?


Jangan risau, disini aku akan kongsikan tips bagi mendapatkan doodle engkauorang sendiri tanpa perlu mengharapkan blogger-blogger lain antaranya :


1.Sila cari software yang berkaitan.
Dewasakini, teknologi semakin berkembang maju. Bohonglah kalau takda software yang berkaitan yea tak ? Bagi membuat doodle, engkauorang bolehlah mendapatkan software seperti adobephotoshop. Yeah, aku rasa adobephotoshop ni paling lengkap sekali. Tapi, (kenapa ada tapi ?) kalau engkauorang tak mahir, guna Paint pun boleh.


2.Sila mula buat doodle sendiri.
Yaa, mana ada kejayaan datang bergolek yea tak ? Kalaulah kejayaan datang bergolek takdanya teruk-teruk aku nak hupdate entri bagi mendapatkan terafik. Takdanya aku nak susahpayah belajar 3 tahun bagi mendapatkan diploma kankankan ? So, aku boleh, engkauorang kompem berganda-ganda boleh.


3.Sila curi doodle blogger lain.
Oh, aku tak rasa tips ni boleh guna pakai ke tak. Sila lah try yea.


4.Sila save doodle yang dilukis.
Kah kah kah kah, kalau tak save 1000 tahun pun tak berdoodle lah engkauorang ! Wadefakk ?




p/s : DOODLE tu apa ?

Selamat Bersahur.

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Dikeheningan tengah pagi, suasana memang sepi. Udara yang sejuk dan dingin memang perkara biasa. Tatkala semua manusia sedang nyenyak tidur, masih ada yang sedang berjaga. Dikerahkan tulang 4 kerat untuk mencari rezeki.


Ok, cukup intro touching.


Aku ? Masih lagi berbaring diatas katil yang tak berapa nak empuk, yela katil bujang kan ? Masih menunggu puan Emak, mengejut untuk bangun sahur. Lambat pulak harini, selalu waktu-waktu macam ni, pintu bilik dah bergegar pada tahap 3.4 skala ritcher. Pelik.




Sambil menunggu puan Emak mengegar, aku golek-golek dulu. Masih mencari mood untuk bersahur. Ya, mood bersahur mesti kena cari kalau tak masaklah ayam tandori ke siakap 3 rasa ke mahupun cekodok pisang semua aku tolak tepi. Serius.


Oh, selepas penat bergolek kekiri dan kekanan akhirnya aku berjaya menjumpai mood bersahur. Nasib aku baik betul kan. Bukan senang nak jumpa mood bersahur time-time macam ni. Sedang aku bersembang-sembang dengan mood bersahur, tetiba..



"tokkk,tokkkk,toookkkkk !!"


Yes, puan Emak dah mengegarkan pintu bilik.


"Angah, bangun. Subuh ! "




p/s : Takpa, takda rezeki kan.

Tuesday, August 9, 2011

Tahniah Kepada Mereka =)

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Sejak kebelakangan ni, aku tengok dan usha-usha ramai blogger buat GA sempena nak raya kan. Yelah, mungkin rezeki dorang lebih then lagi berkat rezeki yang lebih tu diagih-agihkan kepada insan-insan yang memerlukan seperti aku.


Macam biasalah, nama pun GA kompem-kompem ada pemenang. Beruntunglah kepada yang menang kan, but pada yang kalah jangan give up sila cuba banyak-banyak kali yea ? pada yang tak menang, ni ayat biasa kita dengar kan ? kah kah kah.


Dan seperti biasa jugak, memang dah jadi fenomena dan trend terkini. Blogger, bila menang GA mula lah nak hupdate entri mengambarkan kegembiraan sebab menang. Eleh, Aku faham dah benda ni. Menurut kajian aku lagi mungkin ada banyak sebab kenapa blogger sebuk nak hupdate entry bila menang GA dan sekaum dengan nya. Tapi aku bagi 3 je lah, afdal sikit :



1. Dah takda idea lain.

Well, ni memang sebab utama lah kan. Nak menulis ni bukan senang, semua perlu idea. Idea lucah, idea kelakar, idea sengal, idea berbual, idea emo dan mungkin juga idea bernas tapi idea bernas ni kebiasaanya tak banyak blogger boleh dapat. Kalau boleh, minggu ni entri semua tentang join GA lepas tu minggu depan sebuklah entri pasal keputusan GA. So kepada yang ber "GA" minggu ni GUDLUCK dari saya ikhlas dari hati ke hati. (smiley kenyit mata)



2. Alah, menunjuklah tuu. Mencik !

Weh, gua menang GA bai. Lu ada ? lantaklah gua nak hupdate ke tak ke. Lu susah ma ?! Belog ni aku punya maa, Kau ada ?. Bab ni bukan aku yang utarakan eh, adik aku yang cakap. So korang marah adik aku tau. lalalalala



3. Entri penghargaan barangkali.

Ok, yang ni aku taktau nak explain macamana. Kebiasaanya, mungkin para blogger memang nak buat penghargaan yang khusus kepada pihak penganjur. Dan mungkin jugak salah satu cara meng"review". Barangkali ? Argghh, aku tak reti explain so aku decribe guna gambar jela eh ? Contohnya macam ni :




p/s : tahniahla yea =)

Monday, August 8, 2011

Abang Polisi, Lesen, dan Dotdotdot #3

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!




"Tapi......."

"Tapi apa bang ? bikin cuak je ni. Terus terang tak boleh ? "

"Ala, buat-buat taktau pulak. Macam para pengkomen cakaplah, lesen kau dah mati. Bulan 6 pulak tuu.."

"Errk, yeke bang. Saya tak perasan lah bang, rasa macam minggu lepas je saya renew."

"Perasan tak perasan belakang cerita, saman tetap saman dik.."


Ala, takkan kena saman pulak kan. Aku dahla penganggur termiskin top 10 kat Malaysia. Bagaimanakah aku bisa mendapatkan wang untung membayar saman ? Brek motor pun tak mampu tukar lagi dah nak kena bayar saman. Aduiissshh.


Dengan perasaan yang bercampur aduk, aku menolak motor ditepian jalan sebelah sana. Disitu, kelihatan sebuah meja kecik ala-ala warung Kak Sakdiyah. Terdapat dua anggota polis yang bersedia mengeluarkan kertas saman. Kali ni, aku tak perasan name tag mereka. Ah, pedulikan.


"Mampuslah.." maki ku didalam hati, pahala puasa aku kurang lagi. huh.


Sesampai aku dimeja kaler merah lapuk dengan raut wajah tak puashati sebab pahala mungkin dah kurang angkara memaki didalam hati aku tertunduk. Senyap dan sunyi. Aku cuba menampar pipi berkali-kali mengharapkan semua ini hanya mimpi. Namun, ianya tetap realiti.


"Kena saman atas sebab apa ni dik ?" tanya akak polisi.

"Taktau la kak, abang tu cakap tadi lesen expired." jawabku sambil memberikan kad pengenalan dan lesen.

"Expired kebendanya dik, tarikh mati 28.6.2012 lah."

"Apa kak ? "

"Tarikh mati lesen ni, 28.6.2012 lah "

"Err, boleh ulang tak ? macam tak clear.."

"Awk nak kena saman ke ? "

"Oh, ok-ok. Lesen mati 28.6.2012 eh, dengar-dengar.."


Aku start moto, dan jalan. Abang polisi dari jauh memerhatikan saja tingkah laku aku sambil tersenyum. Sebagai orang yang berbudi bahasa, aku membalas senyuman beliau.


tetiba..


























Abang polis kenyit mata. Damn! (lagi sekali pahala puasa aku kurang.)


p/s : ok, abes da.

Sunday, August 7, 2011

Abang Polisi, Lesen, dan Dotdotdot #2

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Tetiba...


Tengah best aku dok mencilok sana-sini, tak sampai klimaks lagi aku rasa. Oh dari jauh nun disana kelihatan beberapa abang polisi sedang melakukan sekatan jalan raya. Sebagai matrempit yang sangat professional, aku redah je. Tak mainlah patah balik-patah balik ni, tak kelas gitu.


"Gengg..gengg..gengg"

Makin nyaring pulak bunyi benda alah ni. Ah, lantaklah kan. Dengan kadar segera, aku memperlahankan motorsikal yang sedang berkelajuan 120km/h kepada 20km/h. Abang polisi segera memberikan signal mengarahkan aku berhenti ditepian. Kelihatan beberapa abang polisi dan akak polisi disekitar kawasan sekatan. Tertera di name tag mereka koperal Alif, prebet Santan, PW Najwa, Tukang bawak kon Ila, Tukang pegang pen Fathiah dan gadis tukang jerit "berhenti-berhenti" Qadeeja. Pelik betul, dorang ni betul-betul polis ke ?





"Kad pengenalan dan lesen. Cukai jalan sekali yea." Abang polisi memulakan bicara. Sopan.


Gila sekema ayat abang polisi ni, mesti dulu bercita-cita nak jadi cikgu. Tapi takda rezeki kan. Aku senyum je sambil tangan kiri meraba ke punggung bagi mengeluarkan wallet. Damn ! bila time gugup macam ni, cari apa pun tak jumpa. Cilake apa ! Selang beberapa minit kemudian, akhirnya kad pengenalan dan lesen berjaya diserahkan. Cukai jalan sekali.


"Sekarang bulan apa dah dik ? " Abang polisi memulakan bicara.

"Bulan puasalah bang..Hahaha." Balas aku, niat hanyalah untuk bergurau semata-mata.

"Ok serius, bulan 8 bang. Ogos, ogos. " sambung aku lagi.

"Bagus, kau memang bijak. Tapi.."




p/s : Esok last aku janji..

Friday, August 5, 2011

Abang Polisi, Lesen, dan Dotdotdot #1

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!




Ni semalam,semalam punya cerita. Kira kalau tak basi sangatlah sebab aku masukkan dalam peti sejuk. Masa tu, aku sedang meng*ondaway*kan diri menuju ke rumah pak ABU bukan nama sebenar.


Masa tu pukul 6 lebih pagi. Awal bukan ? ya sebagai anak soleh haruslah bangun awal, emak sayang Allah pun sayang.Awek ? oh, aku tak pastilah kalau pasal ni. Sila rujuk pakar yea. keh keh keh


Dalam kesejukkan pagi yang dingin, aku menaiki motorsikal. Waktu pagi memang jalan sangat sesak. Well, orang nak pergi keja kan. Tapi bagi pakar cilok-mencilok, sesak sangatlah tak menjadi masalah. Itu semua hal kecik je. Dalam bahasa rempit kitorang selalu cakap "celah gigi je tu, celah gigi je.." Ayat rempit berkenaan mestilah diungkapkan sambil jari telunjuk kanan menunjuk ke arah celahan gigi. So sapa tak gosok gigi memang kantoilah kan. Sila imagine bersama yea ?



"Gengg..gengg..gengg.."


Oh, ka atas tu bunyik bila brek belakang motor memang wajibulghunnah kena tuka. Tapi bagi aku, selagi boleh brek aku tak tuka. Sebab ? adatlah orang tanam anggur, sepuloh sen sekarang amat berharga yaa ! HAHAHA


Kejap motor aku berada di kiri, kejap berada di kanan. Dasar matrempit sejati kan ? Tengah best-best aku mencilok, sampai dipersimpangan


tetiba....




p/s : ok, esok kita sambung ya..

"giveaway : THE COLORS OF RAMADHAN !

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!








Oh, bulan puasa nafsu makan kompem-kompem berada pada paras-paras hidung yea ? Kalau pergi bazar tu, selagi ada duit selagi tu asyik dok membeli je. Beli 39 jenis lauk, pastu makannya 3-4 lauk je. Kononnya lauk lebih tu nak buat sahur, last-last sahur tah kemana lauk memang semestinya ke tong sampah. Membazir bukan ? So mak pesan, kalau nak pergi bazar ramadhan tu, bawak RM10 sudah. Tu pun rasa macam banyak jugak kan ?




p/s : AbangEqbal gambar takleh nak link lah. Maaf =)

Wednesday, August 3, 2011

Maaf, ini bukan wordless wednesday :D

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Bak kata pepatah "sekilas ikan di air, dah tau jantan betinanya". Aku tau korang semua faham apa yang dimaksudkan oleh pepatah tersebut. Sangat mudah seperti mengira 123, tapi kalau taktau jugak silalah google yea.


"siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama .? korang pikirlah sendiri yea ". Pantun 2 kerat ni pun agak kool kan ? tang mana yang kool aku pun taktau. Mungkin pada "ikan" nya kot. Betul ke ?


Pernah dengar lagu "ikan kekek mak iloi-iloi, ikan gelama mak ilai-ilai.." ? Oh, lagu ni feymes masa zaman tadika dulu. Rugilah sapa yang taktau tuu.


Kenapa asyik merepek ikan je ni ? Sila tanya ikan didarat, asam dilaut yea. "ikan oh ikan"



p/s : style bukan ? tahu dah.lallalalala :D