YOUsoF | Masih Ada Plan B

Friday, December 30, 2011

Mesin ATM, Cepuk, SorangSorang

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Tadi aku pergi mesin ATM dekat petronas cahaya masai, nak keluar duit sikit takkan nak order pizza pulak kan. Biasa bila benda nak cepat mulalah macam-macam hal datang biar program jadi lambat. Senang cerita, sampai je aku dekat mesin ATM amik kau bukan main panjang lagi bebudak sebuk nak keluarkan duit jugak.


Sambil tunggu giliran, aku mesej mak aku dulu saja tanya khabar. Aku mesej mak aku tetiba ayah aku pulak reply dah kenapa ? ruparupanya mak aku takda kredit, so dia guna fon ayah aku lahkan. Eh, mak aku bukan pakai bil ke ? kesianlah ayah aku, patutlah bil dia je melambung. Nakal mak ni.


Entah macamana aku terleka sikit je, tetiba aku terperasan sampai 5-6 ekor jugak beruk jantan potong line aku. Hekeleh, celaka apa ni ? berani you potong line i. Jaga u, jaga. Aku pun bukak helmet, terus aku cepuk kepala sorangsorang. Dushh ! dusshh !


Settle aku cepuk kepala sorangsorang, terus aku blah. Sambil tu aku merungut sorangsorang,



"kenapalah aku tak cepuk betulbetul"



I tak berani, u berani tak ?


Saturday, December 24, 2011

Kedai Mamak Osman, Hujan Rahmat, Roti Nan

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Gila, lama tak post entri. Macam biasa, kalau dah lama tak post entri. Pendahuluan mestilah menyatakan alasan dan sebab yang sangat cool tentang kenapa lama tak hupdate. So, korang rasa apa alasan yang patut aku bagi ? #See, aku dah senang kan korang untuk komen. Baca pendahuluan je dah dapat idea nak komen apa. Takyah lah susah nak baca smpai abis kan.


Tadi aku berhajat nak ke kedai Mamak Osman tu nak try roti nan dia, musim-musim hujan ni perut mengidam macam-macam. Semalam baru lepas pekena otak-otak kempas dekat Singgah Selalu, abis nak melantak lain kang bil mahal sangat. Otak-otak jelah baru enam puloh sen.


Niat dapat lepak Mamak Osman tu sambil tengok cerita hindustan pun ok jugak. Sebelum keluar, usha cuaca dulu. Suram je, baru lepas hujan agaknya. Oleh sebab kereta takda, aku naik motor jela. Lagipun cepat sikit, jalan hari sabtu ni jem. Leceh.


Mula-mula cuaca suram, lepas tu sampai depan sikit hujan turun renyai, lepas tu lebat sikit, sampai trafik light sebelah kanan hujan makin lebat, sampai Mamak Osman aku dah lencun.



"Mamak, kasi bungkus roti nan dengan tandoori sekali yaa."



p/s : Aku nak ucap terimakasih, sebab sudi datang jenguk lagi.

Saturday, December 10, 2011

Mcdonald, im lovin it.

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Biasalah hidup bujang, makan kalau tak tapau kat Restoran Kak Lijah mungkin tapau dekat Kedai Makan Abang Ramli , kalau takda rezeki lebih lepak Warung Kak Leha jelah kan sambil pekena teh tarik dengan roti kosong dabel. Kuah Dal kak yaa !!


Macam hari biasa-biasa, hari ni aku pergi tapau makan tengahari dekat Kedai Makan BamBee. Oleh sebab harini hari sabtu, so suasana dekat situ bapak sebuk. Semua orang tak reti nak cekik kat rumah lah katakan. Aku benci kena beratur bila nak order. Ciss !


Dalam setengah jam kendian, tiba je giliran aku kan.

"Dik, makan apa ? "

"Ok, macam biasalah kak. Nasi ayam penyet. Tapi harini nak air stroberi. Kawkaw yaa."

"Baik."


Cool lah kan makanan tengahari aku. Tunggu punya tunggu, sampai gaks makanan aku tu, hati dah senang jom balik apartment. Cekik lah apa lagi kan.


Tapitapitapi, kenapa nasi ayam penyet ni takda ayam ? pfffttt !!


Esok cari kedai makan lain pulak lah !


Tuesday, December 6, 2011

MakMak Korang Sehat ?

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Mak mana yang tak sayangkan anak. Yayaya, begitu jugak mak aku dan makmak engkauorang. Maksud makmak dekat situ bukanlah menunjukkan korang ber"emak" ramai. Cuma saja aku doublekan perkataannya. So tampak lebih style dan mengoda.


jangan pandang, pandang.


Tadi aku nak col mak aku, biasalah nak tanya khabar. Sihat ke tak, dah makan ke belum, masak apa tadi, tengah buat apa, dah semayang ke belum. Macam tulah lebih kurang persoalan biasa. Tapitapitapi, bila aku dail je nombor telefon mak aku.



"Maaf, baki didalam akaun anda tidak mencukupi. Sila bla bla bla.."



See, bukan sengaja mak. Nasib ada call me back. HAHAHA


Saturday, December 3, 2011

Wallet Bodyglove, Helmet Arai, Honda Ex5

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Aku bangun. Time tu dah agak terlewat jugak nak pergi kerja, yelakan duduk sorang-sorang. Nak harap housemate kejutkan ? Sampai minggu depanlah aku tak datang kerja jawabnya. Macam biasalah kan, bila dah bangun lambat semuanya jadi tak betul. Nak syampu rambut guna sabun badan, nak sabun badan guna DAIA, nak berus gigi guna berus kaki. Nasiblah takda berus jamban dekat dalam bilik air tuu.


Bila dah lepas mandi tuu, aku pun terus je selongkar almari cari baju kerja. Nasib baiklah baju tu elok je tersusun rapi dekat celahcelah bakul. Aku tau korang mesti fikir aku tak lipat bajukan ? Tak baik tau. Fikir positif sudah.


ni header blog AbangStalker.


Nasib macam kurang baik je, aku tengok baju masih belum seterika. Aiseh, dah lah lambat baju belum seterika. Bergegas aku cari seterika, nasib baik jumpa. Nak tunggu seterika panas lagi. Nasiblah kau Semut.


Pakai baju dah, seluar dah. Beg galas pun dah amik. Oh,oh helmet dengan jam tangan belum bawak lagi. Bukak pintu bilik balik, tak suka betul kalau bangun lambat ni. Cari barang depan mata pun tak jumpa.


Jalan aku menuju ke parking lot, nasib baik motor tak bawak naik bilik kalau tak nak angkat motor lagi. Rumah dahla tingkat dua, lift pun takda. #merungut untuk kali yang ke 150 juta. Bila dah sampai dekat motor, baru nak cari kunci motor. Yela nak panaskan enjinkan.


Raba-raba poket, Damn ! kunci tertinggal. Malaslah nak kerja harini.