YOUsoF | Masih Ada Plan B

Monday, January 30, 2012

Abu Isteri Kepada Munah

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Jarang jugak aku hupdate sehari satu entri sekarang ni. Tapi bila aku berjaya melakukan yang sedemikian, korang jangan buat muka kerut tapi bersyukurlah sebabsebab aku masih lagi bernafas. Maksud aku, aku pun kena bersyukurlahkan sebab diberi kesempatan lagi. # fuhh, sejam jugak na siapkan pendahuluan.


Aku ada kawan perempuan. Abu nama dia (bukan nama sebenar) , kenapa aku cakap Abu dan bukan ramlah? bukan sebab malas, cuma nak taip nama ramlah tu panjang sangat. So, guna Abu jelah pendek dan simple. Style nyah!


Na dipendekkan cerita, tahun ni dia nak kawin. Eksaited aku tengok dia. Hari-hari sebuk tanya aku pasal hantaran, pengapit,nak makan lauk apa, kalau hidang air ribena ok ke tak, hantaran nak mintak berapa.bla bla bla. Sampai muntah aku layan dia. #eh, macam aku pulak bakal suami dia.?


Aku suka tengok beliau dan bakal suami beliau, Munah (juga bukan nama sebenar). Aku harap jodoh dorang panjang sampai ke lianglahad, mungkin syurga.? Yayaya, sampai syurga. Aku harap korang pun macam tu.


Entri ni untuk Abu ke Munah ? ce teka, ce teka ?!


AJL untuk Anip Jugak Lah..Lah apa ?

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Dahlah, dahla. Tak sampai hati pulak nak biarkan engkauorang menonton bendaalah ni lama-lama. So berbekalkan idea sejemput, ku gagahi jua menghupdate. #kenapa kena italic style ? fakfakfak !


Tadi Anugerah Juara Lagu, dan aku memang tak tengok. Nasiblah, kalau tak aku mesti frust macam korang semua sebab retiss idaman masing-masing tak menang. Bila da frust mulalah mulut asyik nak kutuk retiss yang menang.



"Eh, pakai baju lusuh pun boleh menang ?"

"Suara katak panggil hujan pun dapat anugerah ?"

"Juri rabun ke ? kan najwa latif dah main belon tu, kompem dia dpt persembahan terbaik"




Manusia, dah paham da. Aku ? Cool je. Eh, apa motif entri tadi ya ?


Friday, January 27, 2012

GIF oh GIF

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Aku rasa 4 bulan lagi aku update, biar jue dengan hanie suka aku promot lama-lama. kah kah kah ! suka tak suka tak ?!








p/s : aku pusing !

Wednesday, January 25, 2012

Kalau Kau Rasa MakAyah Kau Suka Sibuk Hal Kau, Kau Silap.

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Hidup berdikari dekat tengah bandar, memanglah susah. Tanpa makayah, tanpa adik beradik tersayang. Bila kau ada masalah, kau kena settle sendiri. Tak macam zaman sekolah dulu-dulu, kat sekolah kena buli, balik rumah cerita dekat satu family. Dekat situ kau dah rasa relax sikit.





gambar family, sila imagine.




Bila balik kerja, hujan lebat. Nak taknak, kau kena redah. Takda orang kau bole telefon mintak hantarkan payung. Kalau ada orang yang jawab telefon kau pun, dia bole kata "tunggulah hujan reda sikit " ; takpun "hati-hati ya". Rindu pulak zaman naik motor dengan ayah sambil redah hujan. Sambil pakai beg plastik sampah buat tutup badan. Takut aku demam katanya.


Dan takda orang nak pesan dekat kau, "dah kena hujan tu mandilah". Memang takda, semua terpulang kat kau. Kalau kau rasa nak mandi, kau mandi. Kalau taknak pun takpa. Damn, rindu bebelan mak pulak.


Lagi bila kau demam, takda orang nak sibuk suruh kau pergi klinik. Takda pulak yang nak lapkan badan kau bila demam panas, nak tunggu orang masak bubur ? memanglah kena order kat mekdi ke baru dapat, tu pun kalau mekdi 24 jam.


Tapi, sekurang-kurangnya dorang cuma jauh dengan aku. Paling kurang dua minggu sekali, aku boleh jenguk dorang. Bagi yang dah takda ? Takziah.


Mati itu pasti. ;)



p/s : Pasrahnya.

Tuesday, January 17, 2012

Kepentingan Meng"set" Jam Henpon Menggunakan Format 24 jam

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Semalam lepas isyak aku tidur. Lena. Siap mimpi awek-awek lari-lari datang menuju ke arah aku. Tuptuptup, aku terjaga.


Tengok jam. 2.39. Celaka ! aku masuk kerja pukul 3petang beb, celaka apa ni set alarm tak bunyik. Bangun capai tuala, baldi. Terus menuju ke bilik mandi.


Time nak sidai suar kecik.


"Eh, awat pukul 2.30 petang gelap lagi ?"



Celaka, celaka ! 2.30 pagi lah.



p/s : Maaf, terlalu banyak penggunaan "celaka" didalam entri.

Friday, January 13, 2012

Merajuk Adalah Sebab Utama Tahap Penulisan Tidak Baik

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Ini cerita dulu, masa tu adik aku baru nak naik sekolah. Ke"eksaited"an dia memang terserlah. Awal-awal lagi dah siapkan segala persiapan. Budak nak darjah satu lah katakan, tidur malam pun dia tidur sambil berkasut sekolah. Adik, adik.


Malam kedua sekolah, dia tidur awal. Penat agaknya. Dalam kol sembilan macam tu, mak aku suruh kejutkan dia untuk makan malam. Aku bab kejut budak budak ni memang failed sikit, aku tak pasti sama ada aku yang takda skill atau budak ni yang memang liat nak bangun.


Adalah dalam setengah jam jugak aku dok mengkentalkan diri nak kejut beliau bangun, alasan masih sama. "Nanti, aku bangun lah.". Lepas tu sambung tido. Adik, adik


Bila dah melampau sangat, mak aku pun datang dan terus sergah beliau ;


"Dik, bangun. Kau tak g sekolah ke ? dah pkul berapa ni."


Tegak terus dia bangun, damn ! patut cuba dari tadi, takla sakit tekak nak jerit jerit.


p/s : Tak kelakar kan cerita aku, ni mesti kerana aku dalam mood merajuk lagi. tsk tsk tsk (gaya hanie_dew.)


Thursday, January 12, 2012

"Kenapa Ubi Kayu Busuk"

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Fine ! Fine ! Bila aku bagi tekateki kauorang semua tak pahamlah, tak reti jawab lah. Takda usaha langsung. Tak fun tau. Try jelah jawab, even memang kompem tak betul pun. usaha ! usaha ! #merajuk seminit. Pftt !


Ok abis seminit. Jawapan untuk tekateki yang lepas ialah . . .


"kenapa perempuan mengandung" ; "kenapa ubi kayu busuk" ; "kenapa pencuri kena tangkap polis"


Jawapan dia;


"SEBAB LAMBAT CABUT."


Ok, sekarang kita main sambung ayat kenapa semuasemua ni jadi sebab lambat cabut. Sapa cakap takpaham, aku malas kawan. # merajuk sampai entri akan datang.okbai.

Tuesday, January 10, 2012

Kenapa Pencuri Kena Tangkap Polis ?

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Semalam aku dengan dak-dak umah semua kebulur nak makan chicken chop hutan bandar, dalam hujan hujan gerimis tu kitorang dah abis nekad dah nak redah. Tak kira, tak kira !. Tapi redah pakai van mmbe aku lah. Gila ke nak redah naik moto ?


Sementara nak menuju ke arah hutan bandar tu, ada lah sorang daripada mmbe-mmbe aku ni mana datang idea dia nak nak bagi spesis bengong punya teka teki. Agaknya mungkin engkauorang semua dah penah dengar kot, tapi aku still nak cerita jugak. Post aku kankankan?


Tekateki kiut tu adalah bunyi macam ni :


"kenapa perempuan mengandung" ; "kenapa ubi kayu busuk" ; "kenapa pencuri kena tangkap"


Memula je dengar soklan ni, "damn, apa jenis spesis tekateki ni beb ?" Dalam semua dekat situ muka kerut, kecuali tukang tanya soklan dengan drebar. Drebar kena fokus memandu bai, kang tak pasal semua tak sempat nak rasa masakan air tangan isteri.


Mula lah, jawapan merapu merepek meraban keluar.


Lelaki 1 : Err, tu semua dah tertulis dekat LUH MAHFUZ beb. (agak pasrah nada dia)


Lelaki 2 : Pencuri tu kena tangkap sebab dia pergi curi ubi kayu, tetiba dia nampk perempuan berkemban terus dia r*g*l sampai ubi tu busuk, termengandunglah perempuan tuu. (muka dia memang eksaited time ni, bajet jawapan betul)


Lelaki 3 : Aku tau, aku tau. Tu semua sebab kau kan.(sambil tuding jari dekat si penyoal.)


semua ketawa kejap.pastu sambung serius.


Lelaki 2 : Aku rasa, lelaki tu kena tangkap sebab dia mencuri ubi busuklah ! (muka teruja.)


Lelaki 1 & 3 & drebar & penyoal : Abis perempuan mengandung ?!


Lelaki 2 : Err, kenapa eh.?



Aiseh, entri macam panjang sangat lak.Fakfakfak, jom kita ramairamai sambung kerut ? HAHAHA. dah tau diamdiam sudah.


Saturday, January 7, 2012

Entri ni sebenarnya BERSIH, taktaulah kalau korang rasa KOTOR

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


SELAMAT TAHUN BARU.


Yayaya, dah seminggu lepas pun tahun baru. Nak buat macamana, oleh kerana ni entri pertama untuk taun baru maka maka izinkan aku bertaun baru yaa. Pang ! Pang ! Pung ! # bunyi mercun hepi new year.


Ekceli, aku paling benci bila nak buat something yang agak penting dan dan je time tu ada hal lain nak kena buat. Paham tak maksud aku ?


Alah, dia macam ni. Katakanlah ya, masa tu kau nak berjoging. Dah pakai tracksuit, singlet apa semua tetiba hujan rintik rintik air bergelora pun turun dengan rakus. Penah tak penah tak ?


Ok lagi, tengah best best kau tengah minyakkan rambut kau sebab kejap lagi kau nak pegi ngedate dengan skandal sebelah rumah awek kau tetiba je awek kau ajak bersupersaver. Dapat tangkap tak ? dapat tangkap tak ?


Aiseh, macam ni beb. Masa tu kau tengah nak tengok cerita porno dekat dalam bilik. Kira macam tengah layanlah kan, ngam-ngam je kau klimaks tetiba adik kau jerit dari luar bilik ;


"Bang, nak amik skateboard bawah katil. Urgent !"


Apesal tak dapat tangkap lagi ni ? Ok, senang cerita macam ni. Aku nak hupdate entri ni, idea dah ada. Baru tulis sikit aku nak berak. reti ?



p/s : ni mesti makan mee goreng mamak tadi. Damn !