YOUsoF | Masih Ada Plan B

Saturday, June 16, 2012

KHEFARAT

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


"Onggg palang kuh kih keh hihih.."

TokMot memulakan jampi serapahnya, dengan asap kemenyan yang berkepul-kepul membangkitkan suasana ala-ala bomoh melayu nak seru saka atau harimau jadian.


"Ding dang dong kuh peh selamak.."

Kali ini suara TokMot sedikit garau, dicapainya sebiji limau nipis lalu dihiris dua. Sambil mulut kumat kamit menjampi serapah, kedua biji limau nipis tadi diperah jusnya ke dalam mangkuk kemenyan yang dari tadi sibuk mengeluarkan asap. Bertambah-tambah lah asap memenuhi ruang bilik TokMot.


Dengan tiba-tiba suasana rumah TokMot menjadi gelap gelita, angin kencang berderu-deru sehingga mengegarkan tiang-tiang rumah TokMot. Tingkap-tingkap kayu mulai tertutup terbuka dengan laju. Lampu mentol neon pulak sering menyala dan terpadam *situasi dicuri dengan girangnya dari scene KHURAFAT


"Dengggg kao lah sani paaa.."

Dengan sepantas kilat, suasana rumah menjadi normal, tiada angin kencang, tiada lampu liplapliplap, tiada tingkap kayu tertutup terbuka, tiada keretaku bawa kau jalan-jalan. eh ? Semuanya kembali pulih. TokMot yang berpeluh-peluh nampak lega, nafas sedikit tercungap tapi masih boleh dikawal.


Tokk ! tokkk ! tookk !

Sayup-sayup pintu rumah TokMot diketuk perlahan.


"Kum..kum."
"Kum..kum."

"Hantu Kum-kum." berkata TokMot didalam hati.TokMot senyum sinis. Tahu benar dia gerangan siapa yang mengetuk pintu rumahnya itu. Dia rileks, tiada tanda tanda cuak.


Dicapainya sedikit beras basmati, lalu digenggam erat. Sekali-lagi mulut TokMot terkumat-kamit membaca serapah.


"Amik kau !" Jerit TokMot sambil membaling beras basmati jampiannya ke arah pintu.


"Kum.kum."
"Kum..kum."

Suara sayup-sayup tadi masih kedengaran. Masih sama, tiada perubahan. TokMot yang dari tadi tenang, mula menampakkan tanda tanda kegelisahan teramat.


"Pergi kau dari sini, buat apa kacau aku haa.!" Sekali lagi TokMot bersuara.

"Kum..kum."

"Jangan sampai aku hantar kau kau balik nanti, baik kau pergi.." TokMot sedikit tekanan.

"Kum..kum."

"Oh, kau degil ya. Jangan kau. Kau tak kenal aku siapa.." baran TokMot

"Kum..kum."


TokMot kembali memulakan jampi serapahnya, kali ini agak panjang dari biasa, mungkin 350 patah perkataan panjangnya.



********************************


Sementara diluar rumah TokMot.


"Hah, aku rasa orang tua tu da abis cuak dah tuu. hihihi." Epul memulakan perbualan.

"kahkahkah, nak hantar aku pergi balik mana tah. " Balas Aiman.

"Ketuk lagi, ketuk lagi."Sambung Aiman.

"Kum..kum." kali ini Epul sedikit terbahak.



"Jaga kau ! jaga kau ! jagaaaaa !" Jerit TokMot bertalu-talu.


p/s : kum..kum.

Thursday, June 14, 2012

"Orang tua-tua kata, kalau bulu roma meremang benda tu ada dekat dengan kita"

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


"Auuwww..Auuww"

Salakan anjing-anjing bertalu-talu, malam kian larut. Aminah masih belum sampai rumah. Perjalanan dari tempat kerja yang sepatutnya memakan masa setengah jam terasa begitu lama. Panorama hutan belantara kiri dan kanan menambah lagi rasa lambat perjalanan ke rumah.


Angin malam yang sepoi-sepoi menambah lagi rasa seram dalam diri Aminah. Dengan kadar segera, segala bulu-buluan Aminah terpacak 90 darjah keatas. "Orang tua-tua kata, kalau bulu roma meremang benda tu ada dekat dengan kita" tiba tiba perbualan dengan rakan lama bermain-main di fikiran Aminah, menambah lagi ketegakan bulu-buluan Aminah.


Langkah makin laju, jantung berdetak makin kencang. Nafas Aminah yang dari tadi turun naik, kini naik turun pula. Dalam keadaan seram-seram anak, tetiba sebiji buah mangga jatuh betul-betul dihadapan Aminah. Dia tersentak, berdiri tegak sambil memandang buah mangga masak yang bergolek perlahan dihadapannya. Aminah pelik, dia memandang sekeliling kalau-kalau ada pokok mangga. Tapi tidak pulak kelihatan.


Aminah membongkok kan badan sedikit, dia ingin mengcapai buah mangga tadi. Dengan tiba-tiba buah mangga tadi bergolek kedepan. Aminah melangkah sedikit kedepan, baru saja dia hendak ambil buah mangga tadi, buah tadi bergolek lagi kedepan. Dan begitulah situasi berikut yang berlaku bila Aminah cuba mengambil mangga itu.


"Eh, main-main pulak mangga ni ?" jerkah Aminah bengang.


Lantas Aminah mencapai sebatang kayu beluti seberat 2 kilogram yang dari tadinya elok berbaring diatas jalan, lalu dihentak-hentak pada mangga tersebut. Sampai lunyai.


"Puas hati aku. kahkahkah !" ketawa Aminah terbahak-bahak.


Tamat sudah riwayat mangga tersebut.


p/s : Moral of the story, jangan jadi mangga.


Sunday, June 3, 2012

Semek Waklu !

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


"Ahhhhhhhh.."

Kedengaran sayup-sayup suara orang menguap. Dari luar rumah, memang tidak kelihatan sesiapa. Namun apabila kamera kita fokus belah dalam rumah, maka kelihatan seorang lelaki tak berapa nak tua, tak berapa nak muda sedang sibuk mengeliat kucing sambil bunyi "Ahhh..ahhh..ahhh..". Beliaulah Abun. Ok, sekarang kita letak kamera fokus dekat belakang katil, kelihatan Abun bangun perlahan-lahan menuju ke luar bilik.


"Lapaaarnyyaaaa.."

Abun bermonolog sendiri. Menjengah beliau ke dapur, tiada kelibat sesiapa disitu. Yang ada hanyalah sekumpulan pinggan mangkuk yang berselerakkan di sinki. Sesekali, dia menoleh ke kiri ke kanan. Masih tiada sesiapa. Dengan tiba-tiba tolehan nya terhenti. Sebuah meja kecik, yang diatasnya ada sebiji tudung saji.


Abun tersenyum. Dia cepat-cepat berjalan menuju ke arah meja tadi, dan cepat-cepat jugak dia buka tudung saji. Taraaaa ! Abun hampa. Jangankan lauk pauk, kicap jalen kaler merah pun takda dibawah tudung saji tersebut. Haramjadah apa kicap letak bawah tudung saji ?Hmm. Apalagi kalau sambal belacan, ikan perkasam, budu, sambal tempoyak, mahupun kepsi. Jauh sekali mekdi.


"Pemalas punya bini.." rungut Abun.

"Semek ! oh semek !" jerit Abun, manja manja.

"Semek oihh !" kali ini kurang manja.

"Baruah punya Semek.." rengus Abun sedikit baran.


Dicapainya senduk nasi yang syok tergantung di ara dapur. Abun berjalan menuju ke arah belakang rumah, mana tau dia boleh jumpa isterinya sedang sidai kain boleh dia lekas-lekas ketuk 2-3 kali kepala si Semek tu, Apajadah jadi bini kalau tengahari pun belum masak lagi.Tiba di belakang rumah, kelibat Semek tidak kelihatan. Abun makin baran. Panas benar hatinya kali ini.


"Kau main nyorok-nyorok dengan aku yea. Jaga kau,jaga." monolog Abun sambil dikepal-kepal penumbuknya.


Puas Abun pusing keliling rumah, namun tetap tidak dia berjumpa dengan Semek. Hebat benar Semek bermain sorok-sorok, jarang benar dia hebat sebegini.


"Hmm, lari ke rumah mak lah tu." kata Abun sendiri. "Takpa.takpa." sambung Abun lagi, dicapainya gagang telefon rumah.


"Tuttt...tuutttt..."

Mak Abun : Hello ..

Abun : Hahh mak, baik mak bagi telefon dekat Semek cepat.!

Mak Abun : Eh kau, salam takda apa takda, tetiba Semek pulak. Nak kena pelakung ?

Abun : Ah, saya nak cakap dengan Semek. ! bukan dengan Mak.

Mak Abun : "Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia - surah Al Israa"

Abun : Hmm. ok,ok. Mak, boleh saya berkata-kata dengan Semek ? Izinkan yea ? Pliss.

Mak Abun : Hah, macam tulah. Semek takda.

Abun : Alah mak, jangan main-main. Cepatlah !

Mak Abun : Aku kata takda, takda lah. Reti !

Abun : Apa hak mak, nak sorokkan dia pulak ?

Mak Abun : Hak apa kejadahnya ? Sejak bila kau beristeri ? Awek pun takda. Lols ! FYI kau kan bujang terlajak. kahkahkha !

"Tutt..tuutt.tuutt.ttuutt."


Saturday, June 2, 2012

Dear June 2012

.
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!


Kehadapan rerakan sekalian,
Sedia maklum sekarang dah bulan Jun bagi tahun 2012. Yeah ! Dan sukacita dimaklumkan, sejak mula aktif berblog ini aku telah berjaya menghupdate 1 entri sahaja dalam 1 bulan. Tahniah bulan Mei.




Akan datang mungkin akan ada rekod baru lagi, mana tau kan ? Hah, tu jelah. Ni update pun sebab ada orang lupa nak letak password dekat wifi dia. Tengss lah kan, dapat jugak tuka header. kahkahkah.


Banyak sebenarnya komitmen yang tak dpt dijalankan macam yang dirancang. Terutamanya Pak Sepul The Series. Maaf Jue Kedumpak. Hiissh.


Tapitapitapi,

Aku still tak berjaya nak center kan menubar aku. Tips ? Sekian.